Rahsia Kurus Dengan Air Detox Ramai yang suka minum air
kosong tetapi agak susah kan kalau nak telan air kosong aje kan , apa kata kita
buat air detox yang letakkan buah buahan dalam air kosong sure pasti sedap
minum. ini saya kongsikan Rahsia Kurus dengan air detox silakan ya apa itu air
Detox ? Air Detox ni ialah campuran air putih dengan buah-buahan dan dinikmati
setelah dibiarkan selama semalaman dalam peti ais yg grand tuh pahtu pagi esok
boleh la minum mesti selera kan padahal minum air kosong aje.
Apa Fungsi Air Detox
?
Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses
pembersihan tubuh daripada segala macam kotoran dan racun-racun yang secara
tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam
jangka masa yang lama. Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik, racun,
lemak atau bahan buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai
sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan
akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem
penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta
segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan
dengan lancar. Kebaikan Air Detox air detox atau org putih kata infused water
ni bagus sangat untuk kesihatan tubuh badan kita sebab khasiat dari buah-buahan
yang kita campurkan ni ada dalam air tersebut.
Minum air detox ni juga:-
Membantu untuk mereka yang sedang berdiet untuk kurangkan
berat badan . Kena la buat selalu untuk nampak hasilnya. Membantu untuk minum
air masak. Tau kan badan kita perlukan air yang banyak dan kalau berat 25kg
sama dengan 1 liter air. Maksudnya kalau berat 50kg, badan kita perlukan 2
liter air sehari. Dari minum air yang bergula hari-hari, lama-lama nanti ada
pula kencing manis. Bahaya ok.. Membantu untuk menambahkan metabolism badan.
Membantu kulit lebih cantik, muda dan tidak mudah berminyak. membuang toksin
dalam badan mengurangkan masalah selsema
Comments
Post a Comment