Nak kurangkan berat badan?
Nak kurus sikit demi sikit?
Lemak kat perut dah makin mengganas?
Kenalah buat aktiviti untuk bakar kalori. Dengan beberapa
aktiviti mudah yang biasa kita buat di rumah, mungkin kita mampu membakar
hampir 300 kalori dengan cepat dan mudah.
Berapa banyak kalori yang anda perlukan biasanya ditentukan
melalui jenis pekerjaan yang anda lakukan, umur dan jantina anda. Jika anda
bekerja di dalam bidang yang memerlukan banyak tenaga dan aktif seperti buruh,
petani, ahli sukan dan sebagainya,
Anda perlukan mengambil makanan yang banyak kalori. Manakala
jika pekerjaan anda memerlukan penggunaan tenaga yang sederhana, perlu bergerak
dan banyak berdiri seperti guru, pengambilan kalori agak kurang jika
dibandingkan dengan kumpulan yang sebelum ini.
Dan jika kehidupan harian ataupun pekerjaan anda memang
tidak memerlukan banyak bergerak dan sering duduk sahaja seperti bekerja di
pejabat, anda memerlukan pengambilan kalori yang sedikit. Bagi memudahkan anda
mengira berapa banyak kalori yang diperlukan / gunakan, anda boleh merujuk
kepada jadual di bawah sebagai panduan jumlah kalori yang anda perlukan.
Contoh aktiviti mudah untuk bakar 100 kalori sehari
- Berjalan pantas 15 minit
- Lompat bintang 5 minit
- Senamrobik 15 minit
- Naik tangga 10 minit
- Sapu sampah 25 minit
- Basuh kereta 20 minit
Comments
Post a Comment