Beberapa bulan yang lepas, seorang ahli keluarga saya (sepupu)
sering mengadu sakit kepala dan sakit di bahagian muka iaitu di pelipis dan
pipi. Sakit yang dirasakan berdenyut-denyut dan kadang kala membuat hidung
beliau tersumbat hinggakan mengganggu aktiviti seharian beliau. Selepas
pemeriksaan di sebuah klinik, doktor menjelaskan yang beliau mengalami masalah
resdung dan mencadangkan rawatan secara pengambilan ubat-ubatan terdiri dari
antibiotic, ubat alahan serta pengambilan nasal spray.
Setelah mengambil ubat-ubatan selama 2 bulan akhirnya sepupu
saya ingin mencuba kaedah bekam sepertimana yang disarankan oleh seorang
pengamal perubatan tradisional. Pada mulanya kami berdua agak skeptical
memandangkan pandangan peribadi seorang doktor yang kami kenali tidak begitu
menggalakkan prosedur ini dilakukan kerana menurut doktor tersebut belum ada
bukti yang jelas penyakit resdung boleh diubati dengan berbekam.
Namun begitu, sepupu saya tetap meneruskan hasrat beliau dan
setakat ini, beliau telah melalui 4 kali rawatan dan secara zahirnya memang
terdapat perubahan di mana kekerapan sakit kepala semakin berkurangan dan
jerawat batu di muka juga semakin tiada. Beliau juga dapat bernafas lebih
selesa dan mendapat tidur yang lebih berkualiti.
Adakah bekam benar-benar membantu di dalam proses
penyembuhan ini atau pun ianya hanyalah satu kaedah perubatan tradisional yang
mengandungi amalan serta pantang larang yang bertindak mengurangkan kesan
penyakit? Mari kita kenali apa itu BEKAM.
Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan
darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan
para sahabat. Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan
mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu
mengubati segala penyakit.
Bekam sudah wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun
dahulu dan pada zaman Nabi Muhammad SAW para pengamal menggunakan tanduk kerbau
atau sapi, tulang unta dan gading gajah.
Orang-orang di Eropah pula dikhabarkan menggunakan lintah
sebagai alat berbekam. Pada satu masa, 40 juta lintah diimport ke negara
Perancis untuk tujuan itu. Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi makan.
Jadi bila ditempelkan pada tubuh manusia yang sakit, dia akan terus menghisap
darah tadi dengan efektif. Setelah kenyang, lintah tersebut tidak berupaya lagi
untuk bergerak, lantas jatuh dan mengakhiri penghisapannya.
Comments
Post a Comment