Selulit adalah kumpulan lemak yang mudah terjadi pada lengan
dan perut. Ia juga boleh mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu
terjadi pada bahagian punggung/peha. Ia berlaku disebabkan pengumpulan toksin
yang memusnahkan struktur kollagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga membuatkan pengaliran darah
menjadi kurang efisen. Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan
dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang
tidak aktif dan alahan pada makanan. Memakan makanan berkalori secara
berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.
Pertambahan berat pada bahagian bawah tubuh disebabkan oleh
kelemahan kitaran darah. Masalah kitaran darah sangat biasa di kalangan wanita
dan ditandai dengan rasa sejuk tangan dan sejuk kaki. Ia terjadi kerana
merokok, keturunan, tekanan dan pengambilan kaffein. Di sesetengah bahagian
selulit terbentuk, ia seakan ‘tersumbat’
(blockage). Misalnya di kawasan pinggul. Senaman memiliki impak kecil untuk
menyingkirkan lebihan lemak itu. Diet pula membuat berat badan seseorang susut
tetapi tidak untuk bahagian tersumbat itu.
Taburan lemak pada tubuh wanita dan lelaki juga berbeza-beza
(sex-specific fat distribution). Secara purata, perempuan lebih banyak lemak
dan ia ditunjukkan menerusi “gynoid pattern collection”, iaitu tertumpu di
paha, punggung, pinggul dan dada. Lelaki pula, lemak terbentuk di “android
pattern collection” yang tertumpu di perut dan dada.
Comments
Post a Comment