1)Kurangkan makan
daging merah.
Daging terutamanya bahagian berlemak seperti tulang rusuk
dan bacon mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Gantikan daging, bacon dan
sosej dengan ayam tanpa lemak. Berhati-hati dengan bahagian ayam yang anda
makan. Daging ayam seperti di bahagian peha dan kepak adalah lebih banyak
kandungan lemak berbanding dengan daging putih di bahagian dada ayam.
2)Gunakan lebih
banyak minyak zaitun di dalam masakan.
Minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu – polyunsaturated
and monounsaturated; yang mana boleh membantu menurunkan kadar kolesterol serta
boleh menggantikan lemak tepu dalam masakan anda.
3)Ketahui berapa
jumlah lemak yang anda perlukan setiap hari.
Bagi mereka yang mengamalkan 2000 kalori diet, wanita tidak
boleh mengambil melebihi 18 gram lemak tepu manakala bagi lelaki tidak boleh
melebihi 20 gram lemak tepu. Anda digalakkan makan separuh dada ayam tanpa
kulit yang hanya menyumbang 2 gram lemak tepu ke dalam tubuh badan anda.
4)Elakkan makanan
beku.
Kebanyakan makanan yang dibekukan ini mengandungi kandungan
lemak tepu yang sangat tinggi.
5)Panggang daging
yang anda ingin makan.
Jika anda menggoreng sepotong daging, daging itu akan
digoreng dengan lemaknya sendiri. Daging tersebut akan menyerap semula lemak
dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebaliknya, apabila anda memanggang
daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula.
6)Tambahkan suplemen
Omega-3 ke dalam diet harian anda.
Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh
badan anda yang membantu ‘melawan’ lemak tepu dan kolesterol yang ‘jahat’.
Selain itu, Omega-3 ini juga membantu mengawal keradangan di dalam badan,
menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik, serta boleh meningkatkan
mood anda. Omega-3 ini boleh didapatkan dari sumber beberapa jenis ikan seperti
salmon, ikan kembung, tuna, dan sardin. Anda juga boleh membeli kapsul
supplemen Omega-3 di pelbagai farmasi dan klinik.
7)Kurangkan
pengambilan harian produk tenusu.
Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti
susu lemak penuh. Apabila anda ingin menggunakan keju dalam makanan, pilih keju
yang berasaskan susu rendah lemak. Kepada penggemar air susu pula, cuba beralih
kepada susu tepung dari susu lemak penuh.
Jangan sekali-kali membuang semua lemak dari pemakanan harian anda. Otak dan beberapa organ di dalam badan anda memerlukan sejumlah lemak untuk berfungsi dengan baik.
Comments
Post a Comment