CARA KECILKAN PIPI
TEMBAM
1)Lakukan Senaman
Rahang
Selain daripada senaman badan, kamu juga boleh lakukan
senaman rahang atau muka yang di kenali sebagai ‘yoga face’. Teknik ini
akan meregangkan otot-otot di wajah dan
mengecilkan pipi. Lakukan senaman ini setiap pagi dan sebelum kamu tidur. Ia
bukan sahaja mengecilkan pipi malah ia juga meanjalkan lagi kulit muka dan
mengurangkan masalah kulit berkedut di wajah.
2)Urut Halus Di pipi
Teknik mengurut di bahagian wajah juga boleh menghilangkan
lemak yang terkumpul. Buat urutan satu
arah dari bawah ke atas. Untuk efek yang berganda oleskan sekali krim di wajah.
Perlu di ingat, buatlah urutan yang lembut dan halus kerana kulit di wajah
adalah kawasan kulit yang paling nipis.
3)Guna Teknik Solekan Yang Betul
Bila bersolek pastikan kamu menggunakan teknik yang tepat
dan sesuai dengan bentuk wajah kamu. Untuk langkah selamat oleskan pemerah pipi
mengikut bentuk rahang kamu. Jangan sesekali sapu pemerah pipi mengikut bentuk
bulatan kerana ia akan memberi efek yang lebih tembam pada kamu.
4)Ais Batu
Pada individu yang miliki masalah kulit sensitive, apa kata
gunakan sahaja ais batu dan tepuk-tepukkan ia di daerah dagu dan pipi selama
beberapa minit setiap hari. Ia akan melegakan oto-otot wajah kamu dan secara
tidak langsung merehatkan otot kamu yang sedang membengkak.
5)Senaman Pipi
Mulakan dengan meletakkan tiga atau empat jari pada pipi dan
tekan. Pada masa sama, cuba senyum sebesar mungkin. Lakukan 10 hingga 25
ulangan setiap set. Boleh buat 4 hingga 5 set sehari. Tangan merupakan
rintangan dalam senaman ini.
6)Bibir
Cuba muncungkan bibir seolah-olah hendak bercium. Tanpa
menggerakkan muka, cuba cium ke kanan dan ke kiri. Lakukan gerakan ulangan ini
sebanyak 20 kali. Cuba buat dalam 4 hingga 5 set sehari.
7)Sedutan
Cuba sedut dan tarik pipi anda rapat dengan gigi dan tahan
sekitar 5 saat lalu lepas. Ulang gerakan ini sebanyak 20 kali dalam 4 hingga 5
set.
8)Senaman O
Buka mulut seluas yang mungkin. Gerakkan bibir ke depan
dalam bentuk O seolah hendak bersiul. Kembali ke keadaan asal. Ulang gerakan
ini dalam 20 kali dalam 4 hingga 5 set.
Comments
Post a Comment