PAGI BREAKFAST
8:00-9:00AM
Just makan roti bakar+telor separuh masak...kadang2 ida
campur madu dalam telor separuh masak tu.kenyangnye
memang sampai ke tengahari.sikecik Iris pun hantu telor
separuh masak tu.buh kicap banyak sikit mmg laju la diaa..
LUNCH 12:00-1:00 PM
masak lauk2 biasa la..tp yang penting..sayur harus ada.dah
namanya pun hantu sayur kan.keke
contoh
1)ASAM PEDAS PARI
Ikan mengandungi banyak nutrien penting, termasuk protin dan
sepatutnya menjadi sebahagian besar dari diet harian kita. Hanya sebahagian
kecil dari ikan (100 gram) menyediakan 1/3 hingga separuh dari keperluan protin
seharian. Ikan juga kaya dengan vitamin B12 yang diperlukan oleh sistem tubuh.
Ikan berlemak seperti salmon, makerel dan herring juga mengandungi 2 kali ganda
kalori dari ikan lain. Tidak seperti lemak tepu dari haiwan, lemak tak tepu
dari minyak ikan adalah sangat berfaedah kepada kita. Kajian yang pernah
dijalankan menunjukkan seseorang yang makan ikan berminyak sekali seminggu
adalah jauh dari risiko penyakit jantung dan strok.
2)SAYUR BAYAM+AYAM POTONG DADU
Bayam dikatakan
mengandungi sejumlah besar vitamin K yang amat penting dalam mengekalkan
kesihatan tulang. Secawan bayam segar dikatakan mengandungi kira-kira 200
peratus nilai vitamin K. Selain vitamin K, kandungan khasiat pembina tulang
yang lain seperti kalsium dan magnesium juga berkhasiat kepada mereka yang
memakannya.
3)AYAM GORENG(ni selalu pebret si Iris lee)
4)SAYUR ULAM ULAMAN
Amalan makan ulam atau sayur-sayuran mentah boleh membuatkan
seseorang awet muda kerana ia mengandungi banyak bahan antioksidan yang mampu
menghalang tindakan radikal bebas.
5)AIR SUAM.
NO ICE.teh ais..milo ais..sangat la tidak sesuai kalau nk
buat minuman semasa lunch.tau kenapa?minuman sejuk berais ni blh menyebabkan
lemak2 (sup tulang,daging)membeku dalam badan.dan boleh menyebabka serangan
jantung.Atau jika diamalkan hari2 dengan
meminum minuman sejuk selepas mengambil makanan berat..ia satu bonus untuk kita
cepat dapat penyakit dalaman.jantung,lemak berlebihan dan macam2
lagi.so..ALERT!!
PENCUCI MULUT SELEPAS
MKN TENGAHARI
pencuci mulut depends jugak...sebenarnya memakan buah
sejurus saja selesai makan nasik adalah sangat tidak betul.
seeloknya biar makanan tadi hadam dulu setidak tidaknya
setengah jam selepas makan.kemudian baru boleh ambil
buah-buahan.pisang,betik,jambu batu,tembikai.adalah buah
paling sesuai untuk dibuat sebagai pencuci
mulut.
MENU PETANG
4:00-5:00PM
QUAKER OAT!!Yups..itu lah makanan terbaik untuk memberi
tenaga tanpa perlu makan nasi.kenyang pun kenyang..+SUSU RENDAH LEMAK.Compom
kenyang sampai ke mlm..
MENU MAKAN MALAM
make sure makan before 8:30- 9PM
NO NASI!!!paling tidak pun kalo rasa perut berbunyi..mkn lg
quaker oat atau ratah lauk tengahari tadi je.tapi say NO pada NASI.tak pun
jamah 2-4 keping biskut JACOB.memang sedap.
Bermakna.. kita cuma perlu makan nasi sehari SEKALI
sahaja.memang boleh mantainkan badan yang slim.hehehe.
tak percaya cuba lah..Ida dah cuba..hampir 3weeks.so far
alhamdulillah.badan x rasa berat..kepala x banyak pusing..lauk tghari tu depend
la pada kekawan..yg ida bg tu contoh je.tp yg penting makanan tu balance.ada
sayur..ikan..ayam..buah..
ops..8LITER air sehari!!plain water.. ada berani?hehe..ida
dulu pun mula2 amalkan mmg asik kuar masuk toilet je laa.tp ada bagusnye.buang
toksin dalam badan & benda2 yang x sepatutnya kan.kasi cuci itu perut
sume..kult pun nmpk fresh kalau
air dalam badan mencukupi seperti disarankan.lama2 biasa
la..walapun kadang x cukup pun 8 liter.paling tidak pun 5 liter tu
haruss...makan supplement apapun..tp kalau tak minum air secukupnya..bye..bye
je laa..mmg susahla nk menampakkan hsil..jadi air itu penting..
ada jugak "terlantak" mee meggie..junk food
sikit2..tp cover balik la..minum air banyak2..tp kalau amalkan cara pemakan
macam ni hari2..sure..badan susah nak naik.
just sharing..selamat mecuba.
Comments
Post a Comment