DETOX

Image result for detox

Mula-mula, kena detox dulu badan tu haaa. (Maksudnya pastikan banyak buang air besar)

Jus lemon adalah antara air detox yang boleh diamalkan.

Kebiasaannya, kita akan ambil sarapan kan, kalau bukan nasi lemak sudah tentu kuih. Yang pastinya makanan dan minuman tersebut adalah manis kan?

Sebelum sarapan anda perlu ambil segelas air suam, masukkan 1 inci halia yang diketuk, rendamkan 2-5 minit, selepas tu masukkan perahan lemon atau limau nipis serta satu sudu madu.

Amalkan setiap pagi sebelum sarapan. Ini membantu memberikan tenaga secara pantas dan juga dapat menyekat selera makan.

Jadi lepas ni tiada lagi sebarang sarapan yang tidak sihat.


Comments