Tips 1 : Banyakkan minum air kosong
Ini tips paling senang. Serius. Amalkan bawa botol air 1.5
liter ke mana sahaja anda pergi. Dalam kereta wajib ada terutama ketika dalam
perjalanan ke rumah terbuka. Minum air tersebut sebelum ke rumah terbuka. Ini
penting supaya anda tidak berasa terlalu lapar dan mengelakkan anda makan
seperti orang yang sudah 30 hari kebuluran.
Tips 2 : Detox! Detox! Detox!
Berpuasa 30 hari adalah satu proses detox. Pun begitu, anda
masih boleh melalukan proses detox ini untuk mendapat hasil yang lebih cepat
dan efektif. Antara cara detox yang baik adalah dengan minum air buah-buahan.
Tips 3: Makan dalam pinggan kecil
Yup! Elakkan ambil pinggan besar. Serius!
Tips 4: Beritahu kawan anda tengah diet
Kawan anda perlu dan wajib tahu anda sedang diet. Mungkin
mereka akan ejek anda, tapi jangan risau, ejekan mereka akan dibalas apabila
mereka lihat anda boleh memakai semula baju semasa anda berada di tingkatan 5!
Tips 5: Makan buah-buahan
Makan buah-buahan akan menyebabkan anda rasa lebih cepat
kenyang. Jangan terlalu ghairah untuk makan makanan bekarbohidrat tinggi.
Tips 6: Berhenti sebelum kenyang!
Masalah kebanyakan orang adalah, mereka akan makan sehingga
terlalu kenyang. Kadang kala, nak bernafas pun sukar! Elakkan dari amalkan
amalan ini.
Tips 7: Puasa 6
Ya.. ini tips paling agung sebenarnya. Puasa 6. Ia boleh
mengembalikan anda kepada momentum semasa bulan Ramadhan. Apabila kita
berpuasa, kita menahan diri dari makan dan minum. Dan pada masa sama, mengajar
diri erti sabar…
Comments
Post a Comment