Kesilapan Yang Selalu
Dilakukan Oleh Anda Bila Diet
1. Ber’diet’ secara melampau. Walaupun terlebih makan adalah
diantara punca berat badan berlebihan, tetapi janganlah anda makan terlalu
sedikit dan berpantang keterlaluan sehingga anda menjadi terlalu kurus dan
mendapat masalah kekurangan zat makanan. Jika anda berlapar terlalu kerap ,
maka badan anda akan berubah kepada ‘mode kebuluran’ (starvation mode).
Metabolisma badan akan turun, dan segala yang anda makan walaupun sedikit akan
disimpan sebagai ‘lemak’ dan ‘otot’ and menjadi kecut. Apabila anda tidak mampu
meneruskan ‘berdiet’ yang melampau seperti ini, maka anda akan mula makan tanpa
kawalan kerana selera bertambah-tambah dan semuanya akan menjadi lemak. Berat
badan anda akan bertambah dengan sangat cepat dan menjadi lebih gemuk dari
sebelumnya. Akhirnya , anda berdiet semula, dan kitaran ini akan berterusan dan
anda akan gagal menurunkan berat badan anda.
2.Menurunkan berat
badan hanya dengan bersenam Senaman amat penting untuk menurunkan berat badan,
tetapi dengan hanya bergantung kepada senaman semata-mata tanpa mengawal
pemakanan adalah satu usaha yang sia-sia. Kajian mendapati seseorang yang hanya
bersenam tanpa mengawal jumlah makanan dan kalori makanan yang dimakan akan
menyebabkan berat badan amat susah diturunkan malahan berat badan akan
bertambah. Ini adalah kerana ramai orang yang mengira kalori yang dibakar
apabila bersenam dan menyangka bahawa dengan kalori yang telah dibakar maka
tidak perlu lagi mengawal jumlah makanan yang diambil. Tidak semua kalori
adalah sama. Terdapat sesetangah makanan yang berkalori tinggi tetapi ia
membantu menurunkan berat badan seperti minyak zaitun dan minyak kelapa.
Terdapat juga makanan yang rendah kalorinya, tetapi ia menyebabkan berat badan
susah untuk diturunkan seperli gula pasir. Jika anda ingin menurunkan berat
badan secara maksimum, maka jenis makanan yang dimakan dan jumlah pemakanan
seharian masih perlu di kawal jumlahnya walaupun anda bersenam. Elakkan makanan
atau minuman bergula tinggi walaupun kita bersenam kerana ia akan menyebabkan
berat badan susah ntuk turun.
3.Makan produk yang
‘rendah lemak’ Kita selalu memilih makanan atau produk yang dilabel sebagai
‘rendah lemak’ dan merasakan produk-produk ini baik untuk kesihatan dan boleh
membantu menurunkan berat badan. Hakikatnya produk-produk ini sebenarnya
mempunyai kandungan gula yang tinggi yang boleh menyebabkan berat badan
bertambah. Pengeluar produk-produk ini mengurangkan lemak dalam produk mereka
dan tetapi mereka akan menambah kandungan gula untuk membuatkan produk-produk
ini lebih sedap.Kajian sains mendapati sesetengah lemak adalah ebih sihat dan
membantu menurunkan berat badan seperti lemak mono tak tepu(MUFA) daripada
kekacang, avocado, minyak zaitun dan lemak omega 3 dari ikan amat baik untuk
menurunkan berat badan. Kajian juga mendapati minyak kelapa yang kaya dengan
rantaian trigliserida sederhana (Medium Chain Triglycerides, MCT) juga boeh
membantu menurunkan berat badan dengan membekalkan tenaga segera tanpa
meningkatkan paras insulin.
4.Minum minuman
‘diet’ . Kajian mendapati pengambilan minuman ‘diet’ yang di tambah pemanis
gantian tiruan seperti ‘aspartame’ akan menyebabkan masalah berat badan dan
kencing manis walaupun kalorinya lebih rendah. Satu kajian di Texas Health
Science Center di San Antonio, USA mendapati seseorang yang mengambil minuman
‘diet’ akan menghadapi sehingga 70% peningkatan saiz pinggang daripada
seseorang yang mengambil minuman biasa. Dalam kajian yang sebelumnya juga
mendapati, risiko obesiti bertambah sehingga 41% untuk penggemar minuman ‘diet’
ini. Menurut pakar pemakanan , fenomena ini berlaku kerana pemanis tiruan yang
rendah kalori dalam minuman ‘diet’ ini akan meningkatkan selera makan dan
menghalang otak mendapat ‘isyarat kenyang’ apabila perut telah penuh. Jika
mengambil pemanis gantian hendaklah kita ambil selepas makan sesuatu yang
berkalori untuk mengelakkan masalah selera bertambah. Minum air mineral adalah
lebih baik untuk menurunkan berat badan.
5.Terlalu cepat berputus asa Jika anda gagal untuk kali
pertama dalam percubaan menurunkan berat badan janganlah terlalu cepat
mengalah. Kajian mendapati seseorang yang hanya mencuba untuk menurunkan berat
badan akan mendapat faedah kesihatan walaupun gagal menurunkan sedikitpun berat
badannya. Jadi fokus kepada turunkan berat badan secara sihat dengan matlamat
untuk jangka panjang.
6. Diet Ikutan
Terlalu ramai yang terpesong dengan “ajaran sesat” dalam berdiet kerana terlalu
mengikut kawan atau rakan yang turun sama-sama nak turunkan berat badan. Dalam
berdiet atau turunkan berat badan kita seharusnya mengikut kesesuaian dan juga
keselesaan diri sendiri untuk amalkan, jika kita terlalu ikut kawan atau orang
lain kita akan mudah tertekan dan stress sebab diet itu tidak sesuai dengan
diri kita. Jadi buat sesuatu biar kita seronok dan gembira barulah apa yang
kita lakukan akan menjadi.
7. Terlalu bergantung
kepada Ubat Kurus Inilah yang selalu terjadi bila anda ambil ubat kurus anda
tidak akan fikir pasal pemakanan, terlalu teruja dengan testimoni yang diberikan
dengan penggunaan ubat kurus. Nasihat saya walaupun anda amalkan ubat kurus
faktor pemakanan yang betul dan sihat perlu juga dititikberatkan. Jika anda
abaikan bab ini , berat anda akan tentunya naik semula selepas berhenti
menggunakan ubat kurus. Hentikan penggantungan kepada ubat dan ubah gaya hidup
anda dan ubah gaya pemakanan anda untuk hidup lebih sihat. Anda yang mana
satu??Fikirkan lah dalam proses turunkan berat badan tiada jalan pintas dan
memerlukan ILMU dan juga bantuan dari mereka yang tahu.
Comments
Post a Comment