JENIS-JENIS BEKAM
BEKAM KERING
Bekam kering juga disebut sebagai bekam angin, metod bekam
ini adalah menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah dari dalamnya.
Bekam ini biasa digunakan untuk mengatasi rasa nyeri yang disebabkan oleh
reumatik dan rasa nyeri yang terjadi di punggung. Bekam jenis ini akan
meninggalkan bekas bekam berupa lebam warna merah kehitam-hitaman pada tempat
yang dibekam dan akan hilang beberapa hari kemudian.
BEKAM BASAH
Bekam basah adalah sebuah metod bekam yang dilakukan dengan
melakukan bekam kering dulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai
dengan jarum yang disterilkan, kemudian disedut dengan menggunakan alat cupping
set dan hand pump untuk mengeluarkan darah kotor melalui luka yang dibuat
dengan jarum tadi. Biasanya dilakukan selama 3 hingga 5 minit dan tidak boleh
lebih dari 9 minit. Penyedutan darah dapat dilakukan sebanyak maksima 7 kali
dan tidak boleh lebih. Biasanya pada bahagian yang disedut akan mengeluarkan
darah berwarna merah kehitaman dan berbuih.
Selepas berbekam, pada 3 jam yang pertama tidak boleh
terkena air dan bekam cara ini juga tidak boleh kerap dilakukan dan diunjurkan
jarak waktu selama 3 minggu sekali.
BEKAM API
Kadang disebut sebagai Fire Cupping, seperti namanya bekam
ini menggunakan medium api sebagai bahan untk membuat ruangan hampa pada alat
penyedut. Bekam ini dilakukan dengan gelas yang direkabentuk khusus untuk
membuat ruang hampagas pada kawasan bekam. Udara di dalam gelas dibakar dengan
menggunakan kertas atau kapas terbakar dan kemudian gelas akan ditempelkan ke
permukaan kulit.
PERBEZAAN BEKAM DAN
DERMA DARAH
|
BEKAM
|
DERMA DARAH
|
|
Darah dari kalipari
|
Darah dari arteri
|
|
Mengeluarkan toksid dan kotoran
sahaja
|
Semua kandungan bendalir keluar
|
|
Tidak keluar semua darah putih
|
Keluar sel darah putih beserta sel
darah merah
|
|
Keluarkan zat besi berlebihan (elak
talasemia)
|
Mengeluarkan mineral dan zat besi
dari tubuh
|
Di Malaysia, walaupun rawatan bekam semakin meluas terutama
di pusat-pusat rawatan bekam dan pusat rawatan kecantikan, namun masih terdapat
kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk mengamalkannya. Keadaan ini timbul
berikutan terdapat kekeliruan daripada andaian-andaian negatif antaranya
perempuan tidak perlu berbekam kerana akan mempercepatkan proses menopaus,
berbekam akan menyebabkan darah bertambah kurang, ketagihan untuk berterusan
melakukan bekam selain tidak yakin kaedah itu mampu menyembuhkan penyakit
terutama penyakit-penyakit kronik.
FAEDAH BERBEKAM
- Membantu menghilangkan pening dan migrain.
- Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
- Membantu memecahkan lemak.
- Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
- Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
- Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
Kesemua faedah yang dinyatakan di atas adalah bergantung
kepada individu. Ada yang mengalami salah satu atau pun sebahagian darinya.
Rawatan hendaklah dibuat beberapa kali sehingga menampakkan hasil.
Kesan Sampingan Bekam
Sepertimana kaedah perubatan lain, bekam juga mempunyai
kesan sampingan sekiranya tidak dilakukan dengan kaedah yang betul. Antara
kesan sampingan yang boleh timbul ialah jangkitan kuman serta penularan
penyakit yang disebabkan oleh peralatan yang tidak disteril.
Kepada yang ingin mencuba kaedah rawatan bekam hendaklah
terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat dari pengamal perubatan tradisional
serta doktor anda. Umumnya, individu yang tidak digalakkan untuk berbekam ialah
wanita mengandung, wanita haid, wanita yang kerap keguguran, individu yang
terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah
rendah serius dan pengidap penyakit kulit serius.
Comments
Post a Comment