Khasiat air batu memberi kesan pada kesihatan tubuh badan
kita. Tapi pernahkah anda tahu kebaikan ais atau air batu kiub ini?
1. Individu yang gemar mengunyah air batu akan meningkatkan
kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
2. Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia
yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
3. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut
untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan
secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
4. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit
berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
5. Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik
(daerah kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
6. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang
sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti
dan pergerakan bumi pada paksinya.
7. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat
pelupa yang keterlaluan.
8. Benarkan anak anda mengunyah air batu kerana ini akan
menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara
perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam
kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk
melegakan batuk secara total.
9. Air batu amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam
kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
10. Air sejuk atau air batu kini dijadikan bahan perencat
kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh
bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan.
11. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai
penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
12. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk
menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih
cepat.
13. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan
dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya
lumpuh.
14. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu
yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan
mengganggu sistem deria pada kulit.
15. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit
yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang
jahat.
16. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang
amat lembut lagi mengharmonikan.
17. Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
18. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa
sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
19. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan
molekut kristal yang paling keras iaitu intan.
20. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai
dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel
yang jauh dan menyeluruh.
21. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh
mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila
dan koma kembali sedar.
22. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang
berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur
tulang.
23. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
24. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah
yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
25. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah
lebih stabil.
26. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang
ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan
keikhlasan.
27. Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan
kerana ia amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang
berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia
memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
28. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai
bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di
waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal
pagi kerana ia menguatkan perut.
Comments
Post a Comment