PENYEBAB LAMBAT HAID
1) Selalu mengambil ubat-ubatan
Wanita yang selalu mengambil ubat-ubatan akibat badan tidak
sihat boleh mempengaruhi kedatangan haid.
2) Mengurangkan berat badan secara drastik
Mendapatkan berat badan yang ideal seiring dengan BMI itu
bagus. Namun, mengurangkan berat badan secara drastik dengan mengamalkan
program untuk menjadi kurus begitu ketat boleh menyebabkan haid tidak teratur
akibat terganggu.
Bagi yang ingin mengurangkan berat badan, cuba untuk
memulakan dengan mengurangkan 4.5kg sebulan agar tahap kesihatan wanita yang
lain tidak terganggu.
3) Anoreksia dan bulimia
Penghidap anoreksia dan bulimia mengalami adalah sejenis
penyakit mental berkaitan pemakanan. Mereka terlalu obses untuk kurus sehingga
ada yang terus mengurangkan makanan atau cenderung untuk memuntahkan semula
makanan yang diambil.
Penghidap anoreksia dan bulimia juga akan mengalami haid
yang lambat dan tidak teratur.
4) Badan penat
Badan yang penat akibat aktiviti berat dan tidak cukup rehat
antara penyebab haid lambat. Kadangkala kedatangan hadi juga disertai dengan
rasa yang sakit.
5) Stress
Stress atau tekanan memang selalu dialami. Namun terlalu
stres sehingga tidak dapat dikawal menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.
6) Berjalan jauh
Suka melancong atau berjalan jauh? Jika tidak cukup rehat
akibat aktiviti melancong dan berjalan jauh juga boleh menyebabkan haid datang
lewat.
7) Menyusukan anak
Wanita tidak mengalami ovulasi semasa menyusukan anak.
Apabila tiada ovulasi maka wanita tersebut tidak datang haid.
8) Masalah hormon
Sekiranya wanita tersebut mengalami masalah berkaitan
hormon, ia juga boleh mengganggu kedatangan haid. Berjumpalah dengan doktor
untuk mendapatkan rawatan atau cuba amalkan GLA Complex dan Vivix bagi
memperbaiki hormon.
9) Menggunakan alat/ubat merancang kehamilan
Pil merancang kehamilan atau alat merancang kehamilan
seperti implanon, suntikan depo juga boleh mengganggu kitaran haid. Ada yang
haidnya menjadi tidak tetap. Ada yang haidnya tidak datang langsung malah ada
yang mengalami haid berpanjangan. Bagi yang mengalami masalah ini, GLA Complex
dan Vivix amat membantu kitaran haid tanpa mengganggu fungsi alat perancang
kehamilan.
Bagi yang ingin mengatasi masalah datang haid secara
semulajadi, ada beberapa petua yang boleh diamalkan.



Comments
Post a Comment