
Anda inginkan muka yang cantik, gebu, bak kata orang glowing
dan flawless? Anda dah serik menggunakankan pelbagai cara dan produk untuk
mendapatakan muka yang glowing dan flawless tetapi tidak berjaya? Anda inginkan
rupa wajah anda anggun dan cantik secara semulajadi, tanpa make up atau tanpa
membelanjakan wang yang besar untuk membuat treatment supaya raut wajah anda
tampak gojes, flawless, glowing dan cantik? Jangan risau ya! Mari kita cuba
amalkan tips-tips muka glowing dan flawless secara semulajadi. Dengan
mengamalkan tips-tips ini dan dengan sedikit usaha, anda akan mampu untuk
tampak lagi anggun, cantik dan jelita. Mari kita lihat apakah tips-tips yang
kita boleh amalkan untuk mendapatkan raut wajah muka yang glowing dan flawless
secara semulajadi.
Minum Air Putih Dengan Secukupnya
Ini adalah tips untuk muka glowing dan flawless secara
semulajadi yang paling asas dan penting sekali. Tubuh badan anda memerlukan air
berish untuk membantu menggantikan sel-sel yang mati di dalam badan anda. Anda
seharusnya minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari bagi memastikan sistem
dalaman badan anda dapat berfungsi dengan baik. Apabila tubuh badn anda
mendapat air yang cukup, kulit juga akan kelihatan lembap, bersih dan cerah
secara semulajadi. Tips ini memang harus diamalkan pada setiap masa dan waktu.
Air Beras
Tahukah air beras tu apa? Bagi yang memang rajin ke dapur
tau lah ya apa tu air beras, yang tak tahu tu sekali-sekala jenguk-jenguk la di
dapur tu ya. Air beras merupakan air daripada mencuci beras sebelum ia dimasak
dan kebiasaannya ia dibuang semasa proses mencuci beras. Apa kata untuk kali
ini jangan dibuang air cucian beras itu, sebaliknya tadahkan dan simpan di
dalam bekas air yang berasingan, seperti baldi atau sebagainya. Tahukah anda
bahawa air beras mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan? Air bilasan dari
mencuci beras itu dikatakan dapat mampu menghaluskan serta memutihkan kulit.
Caranya adalah untuk megambil air bilasan ini dan amalkan berendam dalam air
bilasan tersebut selama 15-20 minit setiap hari.

Menggunakan Yogurt Asli
Yogurt ini bukan sahaja sedap di makan dan dijadikan menu
untuk kuruskan badan, tetapi boleh juga digunakan untuk cerahkan kulit,
terutaman sekali pada kulit muka anda. Untuk tips muka glowing dan flawless
secara semulajadi ini, caranya adalah untuk ambil yogurt asli dan lumurkan di
wajah dan di leher dan dibiarkan kering sebelum dibilas dengan air bersih.
Amalkan tips ini 3 kali seminggu anda pasti akan terkejut dengan kesannya
nanti.
Elakkan Sinaran Ultra Ungu (Ultraviolet – UV)
Matahari adalah sumber yang besar bagi vitamin D. Sinaran
matahari dari jam 7 pagi hingga 9 pagi adalah yang terbaik untuk kulit. Cuba
elakkan sinaran matahari selepas waktu ini adalah sangat penting. Sinaran UV
yang agak kuat bukan sahaja boleh merosakkan tekstur kulit tetapi pendedahan
terhadap sinaran ini boleh menyebabkan kanser kulit. Elakkan matahari
terutamanya dari 10 pagi hingga 2 petang kerana sinar matahari boleh
menyebabkan kerosakkan walaupun untuk kulit normal.

Sapukan Larutan Jus Lemon
Jus lemon telah
digunakan selama beribu tahun sebagai pencerah kulit semula jadi. Ia
mengandungi asid yang melunturkan kulit sedikit dan mengelupas lapisan atas sel
kulit yang lebih gelap. Oleh kerana jus lemon tulen boleh merengsakan kulit,
buat larutan jus lemon dengan mencampurkan satu bahagian jus lemon kepada satu
bahagian air. Ambil bebola kapas dan sapu larutan pada kulit anda. Biarkan selama
15 minit, kemudian basuh dengan air suam. Hadkan penggunaan larutan jus lemon
kepada hanya satu hingga dua kali seminggu. Menggunakannya terlalu kerap boleh
membawa kepada kerengsaan kulit. Sapukan pelembap selepas membilas jus lemon
kerana jus boleh mengeringkan kulit anda. Anda sepatutnya boleh melihat
hasilnya selepas tiga hingga empat minggu penggunaan larutan tersebut untuk
beberapa kali seminggu. Walaupun jus lemon tidak memberikan kesan sepantas
kilat, ia adalah larutan semula jadi paling berkesan yang boleh anda dapati.
Beras Pulut sebagai Masker
Comments
Post a Comment