Berikut adalah 4 langkah Ritual
Kecantikan yang wajib kita amalkan jika ingin dapatkan kulit yang cantik dan
awet muda :
1. Membersihkan Wajah.
- Membersihkan wajah sebelum tidur sangat penting dan banyak manfaatnya, salah satunya adalah untuk membersihkan sisa mekap, kotoran, debu dan juga peluh yang berada di permukaan kulit wajah kita.
- Ini kerana jika sisa mekap, kotoran, debu dan peluh yang masih melekat di kulit wajah kita, kemudian kita terus tidur, maka proses regenerasi kulit akan terbantut. Bahkan akan mendatangkan masalah pada kulit wajah, seperti munculnya jerawat, kulit menjadi merah dan terasa gatal.
- Selain itu jika kita rajin melakukan solat sunat tahajud dan sentiasa menjaga solat 5 waktu, wajah kita juga akan kelihatan cantik, berseri dan awet muda sentiasa.
2. Menggosok Gigi.
- Kenapa harus menggosok gigi? Apa hubungannya dengan kecantikan? Secara logiknya memang menggosok gigi, tiada hubungan dengan menjaga kecantikan.
- Namun cuba kita bayangkan, apa jadinya jika ada wanita cantik, tapi giginya tidak sihat, misalnya giginya berwarna kuning, rongak dan berlubang.
- Keadaan ini sudah pasti akan menjejaskan kecantikannya, jadi sebelum itu terjadi maka mulailah menggosok gigi secara rutin, setiap malam sebelum tidur dari sekarang!
3. Gunakan Krim Pelembab Malam.
- Penggunaan krim pelembab malam amat penting untuk melembabkan dan menyihatkan kulit wajah pada ketika kita tidur.
- Pada waktu kita tidur, badan kita berada dalam keadaan rehat, maka krim malam ini akan berfungsi merawat kulit wajah kita dan menghasilkan kulit yang cantik yang diidamkan oleh setiap wanita.
4. Gunakan Masker.
- Ok, untuk tips yang terakhir, iaitu kita wajib memakai masker. Tapi di sini saya menyarankan agar kita menggunakan masker yang semulajadi, kerana masker yang semulajadi adalah yang terbaik, lebih selamat, berkesan dan tiada kesan sampingan.
- Masker berfungsi untuk melembabkan wajah, menghilangkan minyak berlebihan dan menyembuhkan jerawat.
- Untuk mendapatkan hasil yang maksima, lakukanlah proses ritual ini setiap hari secara konsistan, kerana proses untuk menjaga kecantikan secara semulajadi ini, memerlukan kesabaran dan memerlukan sedikit masa untuk hasil yang diinginkan.
Dengan melakukan proses penjagaan wajah seperti di atas, kita bukan saja akan mendapatkan kulit yang putih, bersih, gebu dan cantik, malah kulit kita akan lebih anjal dan terhindar dari berkedut sebelum waktunya. Selain dari penjagaan luaran untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, pengambilan beberapa supplemen tertentu adalah sangat penting untuk rawatan dari dalam. Pengambilan Multivitamin, Vitamin B, Vitamin C, Vitamin E, Protein Soya dan Kolagen adalah sangat-sangat membantu untuk mendapatkan kulit yang putih, bersih, cantik, gebu dan anjal secara semulajadi dan berterusan. Supplemen yang terbaik semestinya Vitamin Shaklee. Kenapa? Kerana ianya adalah semulajadi, selamat dan berkesan. Ia juga adalah halal dan ada landmark study.
Comments
Post a Comment