Lemak Tepu
Lemak tepu mudah dikenali dari bentuknya yang padat seperti
lilin dan banyak dijumpai pada produk yang berasal dari haiwan seperti daging
merah , mentega , atau tenusu asli . Pada sumber tumbuh2an , ia didapati pada
minyak kelapa dan minyak sawit .Lemak tepu mempunyai sifat yang boleh menganggu
tubuh iaitu boleh memekatkan darah sehingga mudah melekat pada dinding pembuluh
darah kerana menggumpal yang tentu saja boleh mengganggu peredaran darah dalam
tubuh .Lemak tepu juga mudah melekat pada dinding saluran darah dan boleh
mengakibatkan pengerasan dinding pembuluh darah . Oleh kerana peredaran darah
dan oksigen terganggu, mereka yang mengamalkan pengambilan lemak tepu yang
tinggi berisiko kepada seperti penyakit jantung, darah tinggi dan stroke.
Lemak Tidak Tepu
Jenis lemak ini biasenye akan cair pada suhu bilik , tetapi
boleh berubah menjadi padat jika disimpan ddi dalam peti. banyak terdapat dari
sumber tumbuh2an seperti minyak sayur ( minyak Zaitun , minyak bunga Matahari ,
minyak bijan , minyak kacang soya , kacang ) dan Avocado . Juga banyak dijumpai
pada sumber protein seperti ikan salmon.
Lemak jenis ini dikenali sebagai lemak baik kerana sifatnya
yang baik di mana kandungan kolesterol LDL yang dimilikinya lebih sedikit
berbanding yang terdapat dalam lemak tepu .Menurut kajian ia boleh meningkatkan
antibodi pada tubuh , menurunkan kolesterol LDL , dan menurunkan risiko
serangan jantung .Lemak tidak tepu boleh dikategorikan dalam 2 jenis yakni :
lemak tidak tepu tunggal (mono - unsaturated fatty acids) dan lemak tidak tepu
ganda (poly - unsaturated fatty acids) .Asid lemak tidak tepu tunggalboleh
didapati pada minyak Zaitun, minyak kacang, dan minyak Canola, Avokado, dan
sebahagian besar kekacang. Manakala, Asid lemak tidak tepu ganda boleh didapati
pada minyak jagung , minyak biji bunga Matahari , dan minyak kacang soya .Asid
lemak tak tepu mempunyai ikatan atom karbon kembar yang mudah terurai dan
bertindak balas dengan sebatian lain , sehingga mendapatkan komposisi yang
stabil berupa asid lemak tepu.Semakin banyak jumlah ikatan pasangan itu (poly -
unsaturated) , semakin mudah bertindak balas /berubah menjadi minyak tersebut.
Minyak dengan asid lemak tak tepu adalah lebih baik dimakan begitu sahaja
seperti minyak zaitun.
Apabila digunakan untuk memasak , boleh digunakan untuk
masakan bertumis kerana kepanasan nya tidak berlangsung lama . Jika digunakan
untuk menggoreng , asid lemak tidak tepu lebih mudah membentuk lemak trans yang
berbahaya kerana sifatnya yang mudah bertindak balas . Selain itu ,
penggunaannya tidak boleh melebihi 4 gram sehari.
Comments
Post a Comment