JANGAN BANYAK MAKAN MAKANAN PEDAS
Makan makanan pedas memang membantu membakar lemak, buat
anda berpeluh dan menurunkan kandungan gula dalam darah. Tapi jika berlebihan
ia boleh sebabkan masalah pencernaan dan merosakkan perut, jadi jangan lakukan
tips makan pedas ini.

JANGAN HANYA MINUM AIR JE
Minum air lebih banyak memang baik, tapi jangan hanya minum
air kosong je. Diet air kosong saja akan buat anda lemas dan pengsan kerana
tidak ada bahan bakar atau nutrisi yang masuk ke tubuh. Anda tetap perlu makan
walaupun berdiet.
Jangan biasakan memberi reward “makan apa saja bila hari
minggu”, kerana cadangan ini tidak akan membuat anda cepat kurus. Tak bermakna
anda kurang makan sepanjang 5 hari, anda boleh makan sesuka hati setiap hari
minggu. Memang takkan kurus la!
TIDAK ADA BEZA MAKAN KUANTITI KECIL ATAU BESAR
Pasti anda pernah mendengar nasihat pemakanan jika mahu
kurus, makan dalam kuantiti yang kecil. Tapi anda silap, setiap makanan yang
mempunyai kalori tetap akan menyimpan kalori dalam tubuh. Bezanya anda makan
banyak atau sikit.
JANGAN BANYAK MAKAN MAKANAN BERSERAT.
Makanan berserat memang sangat penting untuk melancarkan
pencernaan dan buat kenyang lebih lama. Tapi makan terlalu banyak boleh buatkan
anda sembelit.
Comments
Post a Comment