1.Roti dan pastri
Kandungan yis dalam makanan seperti roti dan pastri akan
membuatkan perut anda berasa kurang selesa kerana penghasilan gas dan ini
secara tidak langsung akan membuatkan perut anda berangin.
Anda mungkin akan sendawa atau kentut sepanjang hari disebabkan
tindak balas sistem perut anda terhadap kandungan yis tersebut.

2.Makanan dan minuman manis
Selepas bangun dari tidur dengan perut yang kosong, sebaiknya
ambil segelas air kosong terlebih dahulu kerana tubuh badan anda baru sahaja
mula untuk berfungsi.
Kandungan gula yang tinggi dalam makanan atau minuman akan
menyebabkan pankreas anda bekerja dengan lebih kuat disebabkan peningkatan
pengeluaran insulin oleh tubuh badan.

3.yogurt dan produk tenusu yang diperam
Asid hidroklorik akan terbentuk untuk bertindakbalas dan
membunuh bakteria asid laktik yang dihasilkan oleh yogurt. Justeru itu,
pengambilan yogurt dan produk tenusu semasa perut kosong hanya akan memberi
sedikit manfaat kepada tubuh badan anda dan berkemungkinan menyebabkan gastrik.

4.Buah pear
Serat kasar yang terdapat di dalam buah ini boleh
mencederakan dinding perut jika diambil sewaktu perut anda kosong. Sebaiknya,
makan buah pir ini selepas anda makan makanan yang lain bagi mengelakkan
masalah tersebut terjadi.

5.Tomato
Pengambilan tomato semasa perut kosong akan meningkatkan
kadar asid dalam perut anda kerana kandungan asid tannicnya yang tinggi. Bagi
sesetengah kes, anda mungkin boleh mendapat gastrik atau ulser perut.
6.Timun dan sayuran hijau
Sayuran mentah seperti timun atau ulam-ulaman yang lain
adalah kaya dengan asid amino. Namun, pengambilannya sewaktu perut kosong boleh
menyebabkan kembung perut, pedih ulu hati dan juga gas berlebihan dalam badan.

7.Pisang
Pisang merupakan salah satu buah-buahan yang tinggi kandungan
magnesium. Tetapi sekiranya diambil semasa perut kosong, kandungan magnesium
dalam darah anda akan meningkat dan secara tidak langsung boleh membahayakan
jantung.
8.Makanan pedas dan berempah
Makanan pedas atau berempah boleh meningkatkan pengeluaran
asid di dalam perut. Sistem penghadaman dan pencernaan anda mungkin akan
mengalami masalah sekiranya mengambil makanan yang pedas atau berempah semasa
perut anda kosong.

9.Minuman berkarbonat
Kandungan gula yang tinggi di dalam air berkarbonat boleh
mengganggu proses pembekalan darah ke perut sekiranya diambil semasa perut
kosong. Kesannya, proses pencernaan akan menjadi lambat. Pastikan anda makan
sesuatu terlebih dahulu sebelum mengambil minuman berkarbonat.

10.Buahan sitrus
Buah-buahan sitrus seperti oren dan lemon adalah tinggi
dengan asid buahan. Anda mungkin diserang gastrik atau ulser perut sekiranya
mengambil buahan tersebut ketika perut kosong.

Comments
Post a Comment