Kalori adalah unit asas untuk tenaga. Bahasa mudahnya,
definisi kalori merujuk kepada jumlah tenaga yang dihasilkan melalui sumber
makanan & minuman, dan jumlah tenaga yang digunakan (dibakar) melalui
aktiviti fizikal.
Sebagai contoh, sebiji epal mempunyai nilai 80 kalori
(sumber tenaga), manakala berjalan kaki sejauh 1 batu menggunakan tenaga
sebanyak 100 kalori (kalori yang dibakar untuk menghasilkan tenaga).
Terdapat 2 jenis kalori:
Kalori Kecil (cal): 1 cal adalah jumah tenaga yang
diperlukan untuk menaikkan suhu 1 gram air sebanyak 1 darjah Celcius.
Kalori Besar (kCal): 1 Cal adalah jumlah tenaga yang
diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kilogram air sebanyak 1 darjah Celcius.
Nota #1: 1 Kalori Besar (1 kcal) = 1000 Kalori Kecil (1000
cal)
Comments
Post a Comment