
Cara Islam Setiap manusia ingin kekal cantik dan sihat,
terutamanya golongan wanita yg lumrahnya cintakan kecantikan. Kekal awet muda
bukanlah bertujuan untuk menafikan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang
sememangnya menjadikan manusia semakin tua, yakni yang telah Allah tetapkan
buat hambaNya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara, menjaga serta mensyukuri
nikmat Allah Maha Pencipta. Berikut beberapa petua untuk kekal awet muda cara
Islam. Semestinya mudah & selamat.
Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi,
amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke
atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi,
minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3
kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari
yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut
yang dipotong atau gugur.
Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi
di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di
indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur
kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama,
setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam
sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur
sebenar kalian.
Petua 6 : Hafalkan ayat 35-38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam
hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari
hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak.
Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.
Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga
yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih
dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah
wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga
la yer.
Petua 9 : Muka kita
biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk
mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di
letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung
dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum
air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali
mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses
kedutan.
Comments
Post a Comment