POSITIF UNTUK APA
SAJA.
1. Fokus
Mempunyai daya fokus yang kuat. Apabila menetapkan matlamat,
saya memberi fokus yang amat hebat kepada matlamat tersebut. Perkara-perkara
lain yang tidak membawa kepada pencapaian matlamat itu akan menjadi sebagai
“gangguan”…
2. Mencari ilmu
Saya agak rajin mencari ilmu dengan cara membaca dan juga
bertanya pada mereka yang lebih pakar…
3: Bijak mencari
peluang
Saya banyak berfikir dan mencari peluang. Setiap hari saya
akan fikirkan beberapa idea perniagaan. Bila tidak ada benda nak buat, saya
akan fikir peluang-peluang menambahkan pendapatan…
4: Kreatif
Bukan sahaja kreatif dari segi rekacipta, tetapi, kreatif
dalam cara pendekatan. Saya sering mencari idea-idea baru dalam pendekatan
perniagaan atau konsep. Sebagai contoh, menggunakan pendekatan “Tip Satu Minit”
untuk blog.
5: Kesabaran
Untuk berjaya, sememangnya terdapat banyak cabaran. Cabaran
dalam perniagaan, cabaran dalam usaha, tak lupa juga cabaran dari segi mental
apaila terdapat segelintir dikeliling kita cuba menjatuhkan dan melemahkan
usaha kita…
Senaraikan apakah kekuatan anda dan asahkan kekuatan
tersebut supaya ianya dapat memberi pulangan kepada anda. Amat penting untuk
mengetahui kekuatan kita supaya kita dapat mengasahkannya dan praktiskan
kekuatan-kekuatan tersebut.
Sememangnya kita sering dengar untuk kita fokus kepada
kekuatan kita. Tetapi, pernah tak kita berhenti seketika dan menyenaraikan
apakah kekuatan-kekuatan kita? 🙂
Setelah identify kekuatan kita, lagi mudah untuk kita gunakan kekuatan kita
itu.
Comments
Post a Comment