Ingin dinasihatkan, meskipun puasa itu adalah satu kewajipan
bagi yang beragama Islam, janganlah ada di antara ibu bapa yang memaksa
anak-anak kecil untuk berpuasa… di mana ia sebenarnya di luar kemampuan mereka.
Biarpun tujuan anda adalah untuk membiasakan mereka,
pastikan ajaran itu dilakukan secara berperingkat. Mungkin buat kanak-kanak
yang baru pertama kali berpuasa, biarkan mereka berpuasa setengah hari dahulu
kemudian barulah beralih ke tempoh yang lebih lama sehingga mereka benar-benar
mampu dan bersedia, bukannya sehingga memudaratkan.
Hal yang demikian sebenarnya tidak hanya fokus terhadap
kanak-kanak sahaja, golongan dewasa juga kadang kala dibelenggu dengan masalah
untuk kekal cergas sepanjang hari ketika Ramadhan.
Apakah cara diet pemakanan yang salah membuatkan kita lemah
dan jadi tidak keruan sebaik tiba waktu tengahari? Wanista lampirkan beberapa
tips munasabah agar anda semua bisa mempersiap diri untuk sentiasa bertenaga
walaupun harus menahan lapar dan dahaga sepanjang hari sementara menunggu waktu
berbuka.
1) Jangan Ambil
Makanan Masin Ketika Bersahur
Orang Melayu memang tak boleh lari daripada hidangan lauk
sampingan seperti ikan masin, telur masin serta cicahan budu dan cencalok
sebagai pembuka selera saat menikmati nasi. Lebih-lebih lagi ketika nasi itu
dimakan panas! Mmm, rasanya memang sedap kan?
Namun, tahukah anda bahawa lauk-pauk masin sebegitu akan
membuatkan tubuh anda cepat kering lalu berasa dahaga? Ini adalah disebabkan
reaksi tubuh terhadap garam di mana ia memerlukan kuantiti air lebih banyak
untuk membasmi rasa masin tersebut.
Jadi, sila elak menikmati makanan yang masin ketika sahur.
2) Kunyah Makanan
Sehingga Hancur
Nikmatilah makanan serta sayuran yang rangup seperti lobak
merah dan kobis ketika bersahur. Dengan menikmati makanan yang ‘keras’
sebegitu, mulut anda akan mengambil masa yang lama untuk mengunyah sebelum
menelan.
Apabila mengunyah itu mengambil masa yang lama, sudah tentu
perut anda akan berasa kenyang pada waktu yang tepat. Bahkan kekenyangan itu
akan kekal lebih panjang dan dalam masa yang sama makanan itu tadi mudah
dihadam oleh usus.
Comments
Post a Comment