Orang yang suka makan tidak semestinya gemuk dan orang yang
kurang makan tak semestinya kurus. Itulah hakikat sebenar sebuah kehidupan
orang gemuk dan orang kurus. Eh!
Baca: Kau Gemuk Kau Comel Tau
Sebenarnya ada pelbagai faktor yang boleh menyumbang ke arah
kegemukan! Ia bukanlah berpunca daripada makanan semata-mata. Semua itu AUTA!
Kesian orang yang mempunyai masalah berat badan sering
dicemuh dan dihina. Mereka sepatutnya diberikan sokongan. Saya suka melihat
banyak program kecergasan kebelakangan ini sehingga ia diangkat menjadi program
realiti dalam usaha membentuk tubuh badan ideal dan sihat.
Moh (mari) kita teliti satu persatu punca GEMUK!
1. Hormon kacau bilau
Oprah Winfrey mempunyai masalah ini. Sudah berjuta wang
dihabiskan beliau untuk kurus tetapi tetap gagal. Akhirnya misteri kegemukan
beliau terbongkar setelah beliau menjalani ujian hormon. Dan kini Oprah sudah
tidak kisah untuk kurus kerana beliau tahu beliau tidak gemuk sebenarnya. Eh?
2. Sudah tentu makanan
Tetapi ia bukan penyebab utama lah. Tipulah kalau kata
makanan tidak menyumbang ke arah kegemukan. Apabila permintaan melebihi
pembekalan, maka lebihan tenaga akan disimpan sebagai LEMAK! Dengan dunia yang
serba canggih hari ini pula, maka makanan segera telah mempercepatkan proses
penghasilan lemak-lemak ini. Renung-renungkan…
3. Persekitaran
We need a cool air to breath. We need a calm place to live.
Apabila kerja stress, dan makan pun stress, habis kesemuanya
jadi tunggang langgang. Kita perlu bertenang. Nak kurus kena rilek. Jangan
kalut. Keep away from stressorrrr. InsyaAllah berhasil lah itu dengan berkat
doa dan usaha. Hee…
4. Genetik
Yang ini cukup pantang. Keturunan nenek moyang jangan
main-main k. Huh? But well, kena telan jugalah walaupun pahit. Kebiasaannya
orang yang gemuk disebabkan masalah genetik ini mempunyai kerangka badan yang
besar. But dont worry. Eat clean and stay healthy. Everybody can make it!
5. Kecelaruan emosi
Rasanya sudah cakap tadi di poin #3. Pengulangan: Please
control your emotion.Jangan nak emo sangat. Baru lah cun dan awet muda gitu.
Ahaks!
6. Cara hidup yang tidak sihat
I think most of you got the point. Stay away from unhealthy
activities. i.e: smoking, alcohol, clubbing..oh eh?
7. Pengambilan ubat-ubatan
Hehe. Saya pasti berlambak ubat-ubat kurus di jual di luar
sana. Serius banyak. Ada yang 3-in-1 lagi. Wow! Apapun produk atau ubatan yang
mahu ditelan, pastikan ia telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM). Baru syok nak makan. Dan
sila pastikan produk tersebut HALAL.
Okey, selamat memerah otak mencerna maklumat di atas ye
Comments
Post a Comment