Pengaruh hormone
Lelaki dan wanita mempunyai deposit lemak yang dipengaruhi
oleh hormon. Hormon estrogen pada wanita menyebabkan lemak lebih banyak
disalurkan ke bahagian peha dan punggung, mana kala hormon testosteron
menyebabkan lemak pada lelaki lebih banyak terkumpul di bahagian perut. Tapi
lemak ini pada paha dan pungggung untuk wanita ini sebenarnya penting untuk
proses kesuburan dan penyusuan. Sebab itu orang kata wanita punggung besar
lebih subur.
Bentuk tubuh
Bentuk tubuh mempengaruhi ukuran peha dan tubuh anda. Wanita
dengan bentuk tubuh seperti buah pir akan mempunyai ukuran peha dan punggung
lebih besar dan lebar berbanding saiz normal. Anda tidak boleh mengubah bentuk
tubuh, Jika anda punya tubuh bentuk pir, anda harus bekerja keras untuk
membentuk peha menjadi lebih ramping.
Otot
Punca lain anda punya ukuran paha dan punggung yang besar
adalah kerana anda secara semula jadi sudah mempunya otot peha yang besar. Otot
paha meski keras dan tidak berlemak tapi tetap dilihat sebagai besar.
Senaman mengecilkan punggung dan paha
Bagi anda yang mempunyai bentuk badan sebegini, janganlah
kecewa kerana anda masih boleh mendapatkan kaki dan punggung yang mantap dengan
senaman sesuai. Cuba senaman ini:
- Lakukan aktiviti yang boleh membakar kalori dengan cepat, seperti berbasikal, berlari, dan lompat tali. Lakukan aktiviti selama 60 minit sebanyak lima kali dalam seminggu untuk menghilangkan lemak di paha.
- Anda boleh cuba berlari menaiki atau menuruni bukit, atau melakukan sesuatu yang lebih mudah seperti naik-turun tangga di rumah anda. Itu boleh membantu membakar lebih banyak kalori pada tubuh, terutama peha.
- Senaman aerobik cukup baik untuk membakar kalori dan membantu anda mengurangkan berat badan yang akan mengecilkan perut dan paha anda dengan cepat.
Akan tetapi senaman saja tak memadai untuk mengecilkan dua
bahagian ini jika anda terus mengambil makanan tinggi kalori dan lemak. Oleh
itu kurangkan makanan sebegini dalam diet harian. Makan banyak sayur dan
buah-buahan sebagai ganti makanan ringan. Pilih lemak tak tepu yang sihat dan
bukannya lemak trans. Ini dapat mengelakkan lemak trans itu berkumpul di paha
anda.
Coin Casino: 50 Free Spins No Deposit Required
ReplyDeleteJoin one of the top 50 Casino Sites ✓ Sign Up Now and Get 인카지노 50 Free Spins No Deposit Required. Deposit 바카라 사이트 Bonus: Get 50 choegocasino Free Spins No Deposit Required.