14 Tip urus belanja
dan tambah duit sepanjang bulan Ramadhan.
Antara 14 tip yang dikongsikan untuk melawan nafsu
berbelanja dan boros kita sepanjang bulan Ramadhan sampai hari Raya Aidilfitri
adalah:
1) Kalau berbuka seorang diri, pergi berbuka di
masjid. Bukan sekadar boleh berjimat. Tetapi lebih afdal dan dapat gandakan
pahala. Bagi yang bujang, masa ini boleh gunakan untuk bernetworking dengan
ahli-ahli jemaah masjid. Mana tahu ada can dapat jadi mentua.
2)
Kalau berbuka berdua dengan isteri, tidak salah
berbuka di luar dengan kerap. Kos masak sendiri dan kos makan zaman sekarang di
luar tak jauh beza sangat jika masih berdua.
3)
Kalau berbuka sekali dengan anak-anak atau
isteri kedua, ketiga dan keempat (eh, macam lari topik), maka masak sendiri
lebih murah.
4)
Macam zaman Tok dulu, sekali-sekala pergi
berbuka dengan keluarga besar.Ada saudara mara dan sepupu ini dapat berjimat.
Makanan lebih enak bila dikongsi bersama.
5)
Hanya berbuka di buffet hotel jika ada orang
atau syarikat belanja. Kos sangat merepek dan kita tidak mahu membazir.
6)
Selepas solat tarawikh, biasa moreh kan? Ambil
sedikit bekalan untuk dijadikan makanan untuk sahur nanti. Jimat.
7)
Keluar membeli-belah barang keperluan selepas
berbuka. Tok rasa idea ini sangat bijak. Kalau kita lapar biasanya emosi kita
terganggu. Ia menyebabkan kita biasanya terlebih belanja. Membeli-belah masa
kenyang terbukti dapat mengawal nafsu belanja.
8)
Beli baju raya sebelum puasa. Harganya tak jauh
beza. Lebih penting, tak sesak dan seksa.
9)
Balik kampung awal. Elakkan kesesakan trafik
yang sememangnya merepek dan stres bila kita duduk kat Malaysia. Kesesakan ini
membazir minyak dan masa.
10)
Bersedekah dan beramal jariah sepanjang bulan
puasa. Sedekah itu membuka pintu rezeki. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan
yang semua aktiviti kebaikan itu diberi ganjaran berkali ganda daripada
bulan-bulan biasa.
11)
Bayar zakat fitrah masa awal puasa. Paling lewat
minggu ke 3 puasa. Nanti lupa dan terlepas peluang untuk sucikan harta dan
gandakan rezeki.
12)
Jangan campur bajet. Khususnya bajet untuk balik
kampung, bagi duit raya, beli baju raya dan sewaktu dengannya. Rancang
perbelanjaan kita. Guna teknik sampul surat macam zaman Tok dulu-dulu.
13)
Tahun ini bagi lebih sikit duit dekat ibu dan
ayah.
14)
Ada banyak peluang untuk tambah duit poket masa
raya. Lebih-lebih lagi kalau kita ada motor. Antara cara lain adalah ambil upah
beli juadah berbuka. Orang ramai sekarang malas nak keluar pergi beli.
Bulan puasa adalah bulan disiplin untuk menjadi kaya.
Bulan Ramadhan sebenarnya adalah bulan yang boleh bantu kita
jadi kaya. Hanya apabila kita bijak berbelanja.
Agak-agak, boleh ke?
“JANGAN GANTI SYAITAN MASA BULAN PUASA. BELAJAR KAWAL PERBELANJAAN DAN URUSKAN KEWANGAN.”
Comments
Post a Comment