Tips Mengecilkan Peha
Yang Anda Boleh Cuba
1. Kurangkan kalori
Benda yang sangat selalu disarankan oleh pakar kesihatan.
Kurangkan pengambilan kalori harian dalam 500kcal daripada yang patut diambil.
Selain itu, ambil jumlah protein yang mencukupi untuk membantu mengekalkan otot
peha (dan otot bahagian badan yang lain) ketika proses penurunan berat badan.
Bagi yang suka mengunyah di office atau di rumah tu
disarankan untuk menukar snek makanan ringan kepada snek yang lebih berkhasiat
seperti kekacang ataupun buah-buahan.
2. Senaman fokus pada peha
Ya, senaman adalah vital dalam usaha mengecilkan peha.
Itulah cara yang sangat-sangat berkesan untuk membakar lemak
yang berlebihan di anggota badan kita. Namun, kalau nak kecilkan peha anda
disarankan supaya lebih fokus pada senaman yang melibatkan otot (peha depan)
dan (peha belakang).
Contoh senaman yang popular untuk kecilkan peha ialah
‘Lunges‘ dan ‘Squat‘. Senaman mudah ini boleh anda tonton tutorialnya di laman
web. Cari di youtube ‘Lunges exercise‘ atau ‘Squat exercise‘ dan pilihlah yang
mana anda berkenan untuk dijadikan sebagai tutorial.
Anda disarankan untuk melakukan senaman tersebut sebanyak 3
kali seminggu untuk melihat keberkesanannya.
3. Kardio / Jogging
Anda juga disarankan untuk melakukan senaman seperti point
no. 2 sebelum anda melakukan kardio / jogging. Ini adalah untuk memastikan anda
menggunakan sehabis mungkin ‘muscle glycogen’ dan ‘liver glycogen’ di senaman
seperti point no. 2 diatas.
Jadi, bila anda mula berjogging, badan akan menggunakan
sumber tenaga alternatif yang terakhir iaitu lemak dimana secara tidak langsung
membakar semua lemak-lemak dibahagian peha.
Lakukan juga 3 kali seminggu untuk lebih berkesan.
4. Rehat yang mencukupi
Rehat yang cukup dapat membolehkan tisu-tisu dibahagian kaki
untuk dibaiki otot peha yang kuat membakar lemak selepas senaman / jogging.
Jadi, dapatkan rehat yang cukup dan berkualiti untuk kekalkan tenaga anda
melakukan senaman / jogging seperti diatas. Anda disarankan untuk selang seli
kan rehat dan senaman atau jogging.
Contohnya, Isnin anda lakukan senaman,
Selasa rehat, Rabu jogging, Khamis rehat dan seterusnya.
Comments
Post a Comment