Penjagaan kulit yang
wajib
Cara-Cara Orang Korea
Jaga Muka & Badan
Sepanjang menetap di Jeju, ada banyak perkara yg kina
belajar dari orang korea. Antaranya ialah cara orang Korea jaga kulit &
badan. Kalau anda dtg korea mesti perasan kulit diorang ni banyak yg putih,
bersih, dan badan pun slim je kan? Kina pernah tanya sendiri dengan kawan2
Korean cara diorg jaga kecantikan, so kat bawah ni kina list kan beberapa
secret tips yg diorg bgtau dan hasil dari pemerhatian kina sendiri:
1) Penjagaan kulit yg wajib ada :
pencuci muka (cuci muka guna berus muka pobling tu, mmg sgt2 berkesan)
toner
moisturizer
Ketiga2 benda kat atas ni adalah benda asas yg setiap orang
ada. Ada banyak lagi seperti serum, eye cream, night cream, essence etc.. tapi
tiga2 di atas adalah yg paling basic. So kalau malas sangat nak ada cream
banyak2, at least yg tiga tu mesti ada.
2) Peeling Gel
Ini roomate Korean kina sendiri yang bagitau. Peeling gel ni
macam scrub yang exfoliate kulit2 mati & daki2. Wajib pakai sekurang2 nya
seminggu sekali, paling afdhal 2 kali. Depends dengan jenis kulit juga, kalau
jenis kulit kering pakai seminggu sekali je. Peeling gel untuk badan pun ada,
sbb tu kalau tgk kulit badan diorg pun flawless dan licin. Dulu kina pernah
jual peeling gel brand Nature Republic. Tapi sekarang dah stop sebab tak larat
nak urus. Kalau anda nak cari boleh tengok kat setiap kedai cosmetic brand
Korea, mesti ada Peeling gel ni. Kalau brand Nature Republic kina recommend
Aqua Peeling.
3) Sunblock
Kalau kat Malaysia orang kita pakai time nak pergi tepi
pantai je kan, tapi org Korea pakai HARI-HARI. Kina pernah berbual dengan
beauty consultant yg bekerja dengan It’s Skin dan dia sangat menekankan
pemakaian sunblock ni. Tak pakai makeup takpa, asalkan pakai Sunblock. Bukan
setakat muka, tangan pun sapu. Bila tak pakai sunblock kulit akan mudah kadi
kusam, tumbuh bintik2 jeragat, jerawat, sunburn etc. Bagi org Korea sunblock ni
benda basic juga dan tersangat2 lah penting.
Tak makan makan
berminyak, banyak makan sayur & bersukan
4) Tidak makan makanan yg berminyak, tidak bergula, dan
jumlah garam yg minimum
Kalau tengok menu makanan Korea, sangat jarang jumpa yang
berminyak & manis. Banyak yang dibakar atau direbus je. Sebab tu kulit
diorang terjaga dari dalam lagi, dan ini juga rahsia kenapa orang korea slim2.
5) Banyak makan sayur
Kalau sesiapa yg pernah pergi Korea mesti tau pasal ni, menu
makanan diorg biasanya 1 mangkuk nasi + 1 main dish (ikan/ayam/sotong) + 6
jenis sayur. Dah la main dish tak berminyak, sayur pula 6-8 jenis. Rasanya
semua orang tahu pasal kelebihan2 sayur ni dan tak perlu explain lagi.
6) Banyak bersukan
Waktu kina masih tinggal di dorm universiti, dorm tersebut
memang sediakan bilik gym. Dan setiap hari gym tu mesti penuh. Kina perhatikan
dalam bilik gym tu bukannya diorang setakat main gym je, ada yang buat yoga,
dan ada yg buat zumba. Yang ini kalau di universiti, kalau di luar pula lain
ceritanya. Kina pernah jadi private tutor english kepada 2 org veteran korea
(umur dh 50 ke atas). Diorg kata, setiap weekend diorg pergi hiking gunung
Hallasan gunung tertinggi Korea tu. Umur dah 50+ ok dan badan diorg mmg slim,
kulit pun tegang mcm baru 45+. Kina sendiri pernah panjat Hallasan tu sekali
je. So apa kata kita rakyat Malaysia ni dari spend weekend tengok wayang atau
window shopping, cuba tukar aktiviti pergi bersukan pulak.. takkan nak kalah
dengan makcik2 kat Korea ni kan.
Orang Korea suka
seaweed dan tauhu
7) Pakai Face Mask 2kali seminggu
Kawan2 Korean kina kat dorm dulu memang rajin sangat la
pakai face mask ni, dan siapa yg pernah sampai korea mesti tau betapa banyaknya
face mask dijual kat kedai sampai pening taktau nak beli yg mana. Mask ni
sangatt membantu untuk lembutkan & buat kulit rasa refresh. Kina perhati
kawan2 yg rajin pakai mask kan, kulit diorg licin jenis berkilat tu. Sangat
glowing. Kalau anda tak mampu beli face mask Korea, buat face mask sendiri pun
boleh. Kina selalu pakai telur je. Asingkan telur putih & telur kuning.
Pakai telur putih dulu kat muka, lepas telur tu dah mengeras, bilas dengan air.
Lepastu sapu telur kuning pulak. Paling best bila perah lemon / limau kat telur
tu. Buat 2kali seminggu.
8) Makan seaweed
Seaweed dalam makanan Korea ni dah macam wajib ada. Ada
seaweed yg dah diproses, ada juga seaweed fresh yg dimasak sup. Seaweed ni
mengandungi banyak collagen yg sangat bagus untuk kulit. Dan org Korea selalu
guna seaweed dalam masakan diorg. Siapa pernah makan seaweed sup? Sedap kan?
Favourite kina tu.
9) Tauhu
Orang Korea juga sangat banyak makan tauhu, sama juga mcm
seaweed, tauhu pun ada banyak khasiat untuk kulit. Kina pernah pergi visit
rumah kawan Korea dan dia serve tauhu mentah + kimchi.. mula2 pelik tp bila
makan sedap! Tauhu tu diorg makan colet dengan Kimchi mcm makan kopok lekor
cicah sos hihihi
10) Kosmetik surgey
Of course, ni tak boleh disangkal lagi. Tapi surgery ni
diorg buat untuk betulkan mata, hidung, rahang muka etc.. untuk penjagaan kulit
& dalaman adalah semua yg dah disenaraikan kat atas tu
So boleh dirumuskan kat sini, orang Korea banyak jaga
kesihatan dan kecantikan dari dalaman lagi, pemakanan, aktiviti sukan etc. Lupa
nak mention, mereka sangat menjaga kesihatan sebab health care kat sini sangat2
la mahal. Jadi seboleh2 nya mereka elakkan dari jatuh sakit dan masuk
hospital.. sebabtu kalau kat Jeju ni nenek2 umur 70-90 tahun masih boleh diving
dalam laut sedalam 20meter. Dahsyat kan?
Semoga info2 ini memberi manfaat. Boleh share kat kawan2.
Comments
Post a Comment