Amalan minum teh hijau
Jika anda mempunyai
disiplin yang tinggi dan sukakan yogurt,
cuba amalkan petua ini. Sediakan satu sudu kecil serbuk teh
dan setengah cawan yogurt
(boleh juga digunakan
susu yakult).
Masukkan teh ke dalam gelas, tuangkan air panas dan kacau.
Setelah dikacau sebaik mungkin, masukkan pula yogurt atau yakult dan kacau
sekali lagi sehingga semuanya sebati.
Jadikan amalan ini sebagai minuman kegemaran anda setiap
kali selepas makan. Amalan minum air limau nipis Sediakan dua biji limau nipis.
Perah airnya ke dalam gelas dan tambah air sejuk. Kacau
seketika dan bolehlah terus diminum. Seeloknya sediakan stok bancuhan anda
sebanyak mungkin dan simpan di dalam peti sejuk.
Jadikan minuman harian setiap kali selepas makan tengahari
dan malam. Kebanyakan orang yang mengamalkannya dengan disertai sedikit senaman
akan mengalami penurunan berat badan setelah 3 hingga empat minggu diamalkan.
Asam Jawa Ambil
sebuku asam jawa, Ramas dengan air sebanyak satu gelas. Masukkan air asamjawa
tadi kedalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengahari atau selepas
makan malam.
Amalkan meminumnya setiap hari dan anda akan dapati tubuh
anda bertambah segar dan langsing.
Lobak Merah, Mentimun dan Limau Nipis 1-Dua biji lobak merah
dipotong 2-Sebiji mentimun segar, 3-Sebiji limau nipis, Kemudian ketiga-tiga
bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.
Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah
badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik. Cara Makan Tiap2 Hari
Makan hanya 3 kali sehari iaitu: sarapan
(biar banyak untuk tenaga seharian), tengahari (sedikit jer,
setengah pinggan nasi contohnya), dan malam (secubit jer.. ataupun sepotong
roti).
Lebih elok, kalau nak
cepat kurus, makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Comments
Post a Comment