Turunkan Berat Badan Tanpa Bersenam



Turunkan berat badan secara perlahan-lahan tanpa bersenam.
  1. Rekod pengambilan makanan anda

    Dengan merekod pengambilan makanan, anda boleh meningkatkan kesedaran tentang apa yang anda makan dalam sehari, seminggu, sebulan dan juga setahun.

    Keperluan pengambilan kalori yang diperlukan dalam badan setiap individu adalah berbeza. Ini kerana ia bergantung pada saiz tubuh dan komposisinya, usia, jantina dan aktiviti harian seseorang.

    Menurut kajian pakar diet, secara purata jumlah kalori yang diperlukan (Daily Calorie Requirement) oleh lelaki dewasa adalah 2000 hingga 2500 kalori sehari dan bagi wanita dewasa pula adalah antara 1600 hingga 2000 kalori sehari.
  2. Air Kosong

    Sebelum makan, biasakan minum dua gelas air tapi pastikan anda membaca doa makan Minum air sebelum makan dapat membuatkan cepat kenyang dan mengurangkan nafsu makan anda.

    Antara kelebihan minum air secukupnya ialah dapat buang toksin dalam badan dan secara tidak langsung mengurangkan penyakit diabetis.

    Berapa banyak air yang perlu diminum setiap hari? Ada yang kata 8 gelas adalah yang terbaik tapi setiap orang adalah berbeza.

    Faktor berat badan, saiz badan, metabolisma dan faktor luaran yang lain juga kena ambil kira.

    Mengikut kajian, minum air sebanyak 500 ml, boleh menaikkan metabolisma sebanyak 24% hingga 30% .

  3. Kurangkan karbohardrat dan gula

    Pengambilan karbohidrat dan manisan yang berlebihan adalah musuh ketat boleh menaikkan berat anda berlipat kali ganda. Kalau anda bercadang untuk menurunkan berat badan tanpa bersenam, elakkan benda ini.

    Lebihan dari mengambilan makanan jenis ini ini sekiranya tidak dibakar dengan tenaga (bersenam) akan menjadi terkumpul menjadi lemak dalam badan anda.

    Selain itu, ia juga boleh mendatangkan penyakit seperti kencing manis sekira tidak dikawal.

    Anda pasti tidak mahu melihat kaki anda dipotongkan?

    Untuk melatih diri anda mengurangkan makanan jenis karbohidrat dan manis, anda boleh mencuba diet atkins.
  4. Pengambilan protein
                               
    Pengambilan protein yang tinggi boleh membuat anda membakar 80-100 kalori lebih banyak setiap hari.

    Diet tinggi protein menyebabkan selera makan lebih rendah.. Ini menjadikan lebih mudah untuk mengawal nafsu makan anda.

    Protein boleh membantu mencegah kehilangan otot ketika menurunkan berat badan. Ia juga boleh membantu mengekalkan tahap metabolisme anda.
  5. Pengambilan Sayuran dan Buah-buahan

    Air dan serat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran akan menambah kuantiti hidangan anda, jadi anda boleh makan jumlah makanan yang sama dengan kalori yang lebih sedikit.

    Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran secara semulajadi rendah lemak dan kalori dan sedang cepat mengenyangkan.

    Diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit kronik lain.

    Bila waktu makan, kurangkan pengambilan nasi sebaliknya lebihkan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan.

    Jangan kecewa sekiranya anda tidak dapat mengurangkan berat badan dengan cepat. Setiap orang mempunyai metabolisma yang berbeza.

    Jika pelbagai cara sudah anda cuba tapi tidak berjaya, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk mengunakan Alat Pembakar Lemak.

Comments